Ikan keli lempis nie adalah makanan tradisional masyarakat Iban. JACK adalah anak jati iban. Kadang - kadang JACK akan mengidam makanan Sarawak, dan lempis ikan adalah salah satu makanan yg JACK selalu idam. Resepi begitu simple sahaja. Kalau di kampung mak selalu guna daun buan ( tak pasti nama melayu ), tapi kerana daun buan sukar di carik, JACK menggunakan daun pisang. Cubaab yang pertama terus jadik. Cuma balutan nipis sangat, daun koyak masa nak mengangkat utk hidang.
Bahan - Bahan
1 1/2 ikan keli ( fresh dari pasar malam. masih hidup lg.. )
1/2 daun kantan
1 sudu kecil asam jawa
Garam ( kena lebihkan sebab makanan ini sepatutnya masin, tapi tidak terlalu masin )
lada putih
serbuk perasa
Daun pisang untuk membungkus
Bahan - Bahan Untuk Ditumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang Putih
1 bijik serai
Cara - cara
1. Perapkan ikan keli bersama asam jawa dan bahan2 yang ditumbuk bersama garam, lada sulah dan serbuk perasa selama 15 minit.
2. Bungkus ikan keli bersama dengan daun kantan dengan daun pisang ( pastikan sedikit tebal kerana tidak mahu ia pecah.
3. Masak dengan api yang kecik selama 1 jam. ( 30 minit bahagian atas, 30 minit bahagian bawah )
1. Perap dengan bahan perapan dan bungkus tebal sedikit dengan daun pisang ( 3 layers kalau boleh )
2. Bakar dengan api sederhana
3. Pastikan kedua2 belah dibakar 30minit ( sekali dalam masa 1 jam ) dengan api yang sederhana. Pastikan dibakar dengan rata.
4. Setelah 1 jam, ikan masak dengan cantik ( daun pisang hanya 2 layer.. menyebabkan koyak semasa diangkat )
5. Hari nie makan ikan keli lempis, sambal belacan dan kangkung rebut.. umpphh sedapppp sekali